Thursday, January 10, 2013

Ubat Darah Tinggi


Kalau dulu masa kecil kita tahu memang ada banyak jenis ubat tetapi apabila ceq mula menceburi bidang MR nie, barulah ceq tahu sebenarnya terlalu banyak jenis ubat yang ada di pasaran. Ubat darah tinggi sahaja sebagai contoh punyalah banyak jenis walaupun pada dasarnya ubat darah tinggi ini cuma ada 4 jenis utama sahaja ketika itu.

Bagi kita yang ada ahli keluarga yang menghidapi penyakit darah tinggi, ubat seperti betaloc dan nifedipine adalah merupakan ubat yang biasa ahli keluarga kita makan.
Tahukah anda secara amnya, ubat darah tinggi ini terdiri dari 4 – 5 kumpulan asas atau utama iaitu :-

     1)      Ace Inhibitor
     2)     Beta Blocker
     3)     Calcium Channel Blocker (Calcium Antagonist)
     4)     Diuretic
     5)     Angiotensin II Antagonist (ARB)

Namun begitu sejak beberapa tahun kebelakangan ini ubat-ubat dari kumpulan utama ini telah dicampur aduk supaya tahap penurunan darah tinggi dapat dikawal dengan lebih berkesan.
Untuk mengetahui bagaimana doktor memilih ubat apa yang perlu diberikan kepada pesakit, mungkin boleh saya kongsikan tahap-tahap darah tinggi :-

Normal                                    Bawah 120 mmHg        dan          Bawah 80 mmHg
Prehypertension                       120-139 mmHg             atau         80-8 9 mmHg
Hypertension Stage 1               140-159 mmHg             atau          90-99 mmHg
Hypertension Stage 2               160 mmHg atau lebih     atau         100 mmHg atau lebih

*Sumber dari  Joint National Committee (JNC) 8. October 2012


Setelah doktor mengesahkan tahap tekanan darah tinggi pesakit, doktor akan mempertimbangkan faktor-faktor risiko seperti umur pesakit, keobisitian, adakah pesakit itu perokok dan faktor-faktor lain yang lebih detail seperti fungsi buah pinggang, kehamilan dan sebagainya.

Bagi pesakit yang di tahap prehypertension, kebanyakan doktor akan menyuruh pesakit mengawal permakanan, turunkan berat badan senaman, kurangkan pengambilan garam dan sebagainya.

Setelah beberapa ulangan pemeriksaan susulan dan tekanan darah masih tidak menurun dan apabila tekanan darah pesakit telah mencecah ke Stage 1, barulah doktor akan mula mengsyorkan pengambilan ubat-ubatan.
Banyak faktor yang doktor kerap pertimbangkan untuk memulakan ubat jenis apa yang perlu diberikan kepada pesakitnya. Antara faktor yang kerap dipertimbangkan adalah seperti faktor jantina, faktor risiko kesan sampingan serta risiko-risiko lain.

Selain dari keberkesanan ubat, faktor harga juga diambil kira sekiranya doktor mahu memberikan ubat kepada pesakit. Ubat-ubat kumpulan ‘lama’ seperti diuretic dan beta blocker adalah secara amnya merupakan ubat yang terlalu kerap diberikan kepada pesakit diperingkat awal atas faktor keberkesanan, kurang kesan sampingan dan harga yang sangat murah. Di ikuti dengan ace inhibitor dan calcium antagonist.

Pun begitu ubat-ubat dari kumpulan ace inhibitor, calcium antagonist dan ARB juga digunakan terutamanya bagi pesakit yang berkemampuan atau yang mengalami kesan sampingan dari ubat-ubat yang lain.

Kesemua jenis ubat-ubat ini diberikan atas satu matlamat iaitu adalah untuk menurunkan tahap tekanan darah pesakit tersebut. Secara amnya matlamat penurunan tekanan adalah bawah 140/90 mmHg. Tetapi bagi pesakit yang berisiko tinggi seperti pesakit kencing manis atau pesakit buah pinggang target tekanan perlu diturunkan lebuh rendah iaitu dibawah 130/80 mmHg.*(Sumber dari  JNC 8)

No comments:

Post a Comment