Wednesday, January 9, 2013

Kawan Doktor


Setelah sekian lama tak update Blog...

Bila baca blog roomate lama, semangat nak berbolg datang semula.. 

Masa belajar di Shah Alam dulu ceq fikir peluang ceq untuk melanjutkan di bidang kedoktoran semakin hampir. Tetapi apabila ketika latihan Praktikal ceq di hantar ke kilang sub vendor Proton, hasrat hati ceq terus terkubur...

Lebih-lebih lagi apabila lepas tamat pengajian ceq terus dapat kerja bahagian Sales yang langsung tiada kaitan dengan kesihatan secara langsung. Hasrat hati terus hilang. Tak mengapalah, asalkan ex-awek ceq dapat teruskan hasratnya untuk jadi doktor tercapai (Ceq support aje). Semangat setiakawan beb...

Setelah 2 tahun lebih bekerja dibidang jualan langsung di company Lux Appliances (Sekarang dikenali sebagai Blondal (M) Sdn Bhd kalau tak silap) dan apabila ceq menjejakkan kali ke jenjang pelamin, ceqpun mengambil keputusan untuk berhenti bekerja disitu supaya dapat memberikan masa yang lebih bermakna dengan keluarga.

Setelah kira-kira 2 bulan juga dengan kerja yang kurang menentu akhirnya ceq mendapat kerja di tempat baru dengan jawatan Medical Representative. jawatan yang sememangnya senada dengan hasrat ceq selama nie...

Wah... hebat sungguh tugasan sebagai Medical Representative (Selepas ini akan ceq taip MR sahaja ye) nie. Ceq dikehendaki untuk meyakinkan doktor bahawa ubat dari company ceq akan menjadi pilihan mereka apabila mereka memikirkan ubat apakah yang sesuai diberikan kepada peaskit mereka. Hebat kan...

Training demi training ceq ikuti hampir setiap 3 bulan. Membaca nota berkaitan dengan perubatan, penyakit, anatomi, fisiologi, jenis-jenis ubat menjadikan ceq macam doktor rasanya.

Baru ceq tau yang ubat-ubatan nie punya lah banyak jenisnya…

No comments:

Post a Comment